Sunday, August 29, 2010

"Ramadhan Al-Mubarak"

DSC_0417
"Doa Dalam Sujud"

*Orang yang sembahyang bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya . (Al-Hadith)
DSC_0398
"Wuduk"

*Perkara yang sunat untuk berwuduk.

* 1. Sehabis keluar darah dari hidung.
* 2. Sesudah mengantuk.
* 3. Hendak berjalan jauh.
* 4. Sehabis ketawa berbahak-bahak.
* 5. Ragu-ragu dalam berwuduk.
* 6. Sehabis berkelahi, mengumpat, memaki, mencaci,mengadu domba, marah atau mengeluarkan kata-kata kotor.
* 7. Kerana hendak tidur siang ataupun malam.
* 8. Kerana hendak membaca ayat-ayat Al-Quran, Hadith atau Zikrullah.
* 9. Kerana hendak Iktikaf di dalam masjid.
* 10. Hendak bertabligh, pidato atau mengajarkan ilmu agama.
* 11. Ziarah ke kubur.
* 12. Memegang atau memikul mayat.
* 13. Jika dalam keadaan marah. 
DSC_0430
"Menyempurnakan Zakat Fitrah"

*Dalil pensyariatan zakat fitrah antaranya ialah sabda Rasulullah SAW dari riwayat Abi Daud yang bermaksud: Rasulullah SAW telah mewajibkan zakat Fitrah sebagai pembersih bagi orang-orang yang berpuasa dari perbuatan yang tidak berguna dan dosa
serta sebagai makanan bagi orang-orang miskin”
Dalam al-Quran pula Allah Taala telah berfirman dalam surah at-Taubah ayat 103 yang bermaksud :”Ambillah sedekah atau zakat dari sebahagian harta mereka, dan berdoalah sesungguhnya doa kamu itu (menjadi ) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”.
DSC_0405
"Tidur"

*Orang mukmin yang tidur dalam bulan puasa kerana puasa Ramadhan, dia membalikkan badannya sambil menyebut Allah! maka kata malaikat kepadanya : Rahimakallah (Allah Mencucuri Rahmat kepada kamu.)
DSC_0544
"Elakkan Berdua-duaan Di Tempat Sunyi & Tersorok"

*Puasa dibulan Ramadan merupakan perisai dari melakukan maksiat dan kejahatan, penyelamat dari siksaan api neraka dan pembuka jalan untuk ke syurga.

Monday, August 2, 2010